15
04
2009
Kita selalu dimomokkan dengan ungkapan `Angan-angan Mat Jenin’ bila kita menyuarakan keinginan kita untuk mencapai sesuatu. Yang tak baiknya ialah, orang yang berkata tersebut ialah orang yang kita sayang atau yang paling rapat dengan kita. Tan Sri Lim Goh Tong dulu pernah ditertawakan rakan bila dia menyatakan akan membina sebuah kasino di atas bukit Genting Highland. Genting Highland ketika itu ialah bukit yang tinggi dan diliputi hutan tebal. Tapi beliau akhirnya dapat membuktikan mimpinyanya itu sebagai kenyataan.
Adakah `Angan-angan Mat Jenin’ ini sesuatu yang negatif ? Pada saya ia adalah sesuatu yang boleh memotivasikan kita, cuma dipenghujung cerita Mat Jenin dijatuhkan dari pokok kelapa. Setiap manusia yang ingin berjaya mesti mempunyai impian. Impian orang yang berjaya adalah besar dan berbeza daripada orang lain. Mesti `Think Big’. Cuba perhatikan langkah yang diceritakan di dalam kisah Mat Jenin.
- Mula-mula kumpul buah kelapa, bila banyak jual dan beli anak ayam
- Pelihara anak ayam, bila banyak jual dan beli kambing
- Pelihara kambing, bila banyak jual beli lembu
- Pelihara lembu, bila banyak beli emas
- Jadi tokeh emas kaya raya nak kahwin dengan anak raja.
Sebenarnya pada masa sekarang, langkah pertama Mat Jenin sahaja sudah boleh menjadikannya berjaya. Kelapa adalah produk keperluan utama masyarakat kita. Daripada kelapa boleh dibuat santan, kueh dan lain-lain lagi. Apa yang perlu sekarang ialah cuba fokus kepada sesuatu perniagaan dulu. Keuntungan perniagaan tersebut di asingkan kepada simpanan syarikat dan juga pelaburan jangka panjang. Insyaalah, perniagaan kita akan berkembang sedikit demi sedikit. Wang pelaburan dalam masa tertentu boleh digunakan untuk meneroka perniagaan baru, seperti pelihara ayam, langkah kedua Mat Jenin. Sekian, Jumpa lagi …
Comments : No Comments »
Categories : Kebebasan Kewangan
11
04
2009
Sama ada anda tahu atau tidak, sebenarnya kita boleh berjimat sehingga RM9,000 pengecualian cukai jika kita membayar insuran hayat dan perubatan setiap tahun. Bukan nak ajar tak patriotik, tapi ini adalah untuk kebaikan anda.
Staf kerajaan yang dah tak bayar EPF lagi, anda rugi sedikit kerana tidak dapat pengecualian cukai tersebut jika tidak membeli insuran hayat dan perubatan. Kita jangan berharap, jika sakit ada hospital kerajaan, semua free. Atau dah ada pencen bila berlaku apa-apa, keluarga dapat wang pencen.
Kita perlu sedar sekarang, zaman dah berubah. Semua nak cepat. Di hospital kerajaan bagi staf kerajaan hanya kes biasa saja free. Bila perlu pembedahan, masih perlu bayar juga. Jika kes yang perlu rujuk pakar dan segera, terpaksalah pergi Hospital Swasta. Masa ni dah nak keluar duit sendiri.
Saya masih ingat lagi pengalaman seorang rakan saya kakitangan kerajaan yang mempunyai ketumbuhan di payu dara. Check up dihospital ambil masa yang lama sebab senarai menunggu ramai. Nasib baik dia dah beli insuran perubatan. Hari ni masuk Hospital Swasta, scan, positive ada ketumbuhan, esok terus operate. Sehari lepas tu dah boleh keluar hospital, berehat di rumah.
Begitu juga staf swasta yang tak beli insuran sebab syarikat dah sediakan insuran perubatan. Tapi bagaimana jika kita berhenti atau diberhentikan suatu hari nanti? Masa tu umur dah meningkat, nak beli premium insuran dah mahal. Kalau dah ada penyakit, penyakit tu dah tak cover lagi.
Nasihat saya belilah insuran sewaktu muda (murah) dan anggapkan ianya sebagai simpanan paksa kita untuk hari tua. Bila masuk hospital (medical claim) gunakan dulu insuran syarikat supaya kita dapat jimatkan sum insured seumur hidup yang kita beli sendiri di waktu tua nanti iaitu bila kita dah berhenti kerja dengan syarikat tersebut.Fikirkanlah!!!…
Jumpa lagi nanti…
Comments : No Comments »
Categories : Kebebasan Kewangan