FOREX TRADING
21 12 2009
FOREX TRADING (URUSNIAGA MATAWANG ASING)
Biasa tak dengar tentang urusniaga matawang asing (FOREX = Foreign Exchange). Tentu terfikir bermacam-macam tentang urusniaga ini. FOREX ialah suatu urusniaga yang amat aktif melibatkan 3 Trilion Dollar sehari. Mana tak aktif, kerana ia dilakukan oleh trader dari seluruh dunia dan berlangsung 24 jam sehari tanpa henti selama 5 hari seminggu.
Tahukah anda bahawa 95% trader FOREX mengalami kerugian. Suatu angka yang amat menakutkan. Tetapi ramai juga yang dah kaya raya melalui FOREX. Billionaires ternama seperti Bill Gates dan Warren Buffet adalah pakar FOREX, bukan George Soros sahaja. Di Malaysia, kita belum dengar lagi nama jutawan FOREX mungkin dah ada tapi mereka mungkin tak mahu menonjolkan diri, takut kena kejar dengan Income Tax.
Pada permulaan, FOREX dijalankan oleh Bank-bank sesebuah negara apabila ada keperluan pertukaran wang untuk dagangan barangan. Untuk memulakan urusniaga memerlukan modal yang amat besar. Bagi peniaga runcit, janganlah mimpi nak menceburi FOREX. Oleh kerana urusniaganya yang aktif dan rancak (jauh berbeza dengan Bursa Saham KL atau Dow Jones dsb), keuntungan yang diperolehi amat lumayan sekali sehingga ada organisasi mengiklankan skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Swiss Cash, dan lain-lain yang berselindung disebalik perniagaan internet. Sebenarnya urusniaga utama skim ini ialah FOREX, (bagi yang dapat memberi secara konsisten bonus bulanan 10%). Bagi yang menjalankan perniagaan internet tetapi tidak melakukan urusniaga FOREX, hanyalah skim penipuan sahaja kerana mereka hanya menggunakan wang yang dibayar oleh peserta baru sehingga tiba masa pendapatan mereka cukup sasaran, mereka akan menghilangkan diri dan terkonteng-kontenglah pelabur baru.
Bagi trader FOREX yang asli dan pakar, mereka akan dapat mengumpul wang yang banyak. Jika rugipun, mereka telahpun sedia dengan strategi untuk meminimakan kerugian tersebut. Hanya trader yang malas belajar untuk menimba ilmu FOREX akan memasuki pasaran secara melulu dan mengharapkan untung seperti orang yang berjudi, dan selalunya terperangkap dalam kerugian.
Sekarang ini telah ramai trader FOREX di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila di gembar-gemburkan dengan teknik yang 100% terbukti berjaya dan berkesan. Tetapi bila mula trading, ramai yang rugi. FOREX makin popular ketika ini kerana ia adalah urusniaga yang mudah dijalankan dihujung jari sahaja, dengan modal permulaan US$25 sahaja dah boleh berurusniaga dengan kewujudan akaun micro atau mini.
Perumpamaan kita ada menyebut, `Jika kail panjang sejengkal jangan diduga lautan luas.’ Maksudnya jika ilmu belum cukup jangan berurusniaga FOREX. Ada langkah-langkah yang perlu dilalui sebelum anda memasuki dunia FOREX yang penuh cabaran dan ketidaktentuan.
Categories : Kebebasan Kewangan





