MANA LEBIH UNTUNG?? SIMPANAN TETAP BULANAN ATAU TAKAFUL?

4 06 2010

Cuba kita bandingkan dalam kes kajian ini seorang wanita berumur 24 tahun, baru mula bekerja. Cuba kita bandingkan mana yang lebih menguntungkan sama ada beliau menyimpan secara tetap di bank atau mencarum jumlah yang sama dengan Takaful Hayat/Perubatan.

 

1.       Simpan sebanyak RM190 setiap bulan di bank

2.       Mencarum RM190 setiap bulan dalam Takaful Hayat/Perubatan

a.   Sehingga umur 54 tahun (selama 30 tahun menyimpan) jumlah wang terkumpul RM68,400

 

a.     Bila surrender umur 54 tahun Cuma dapat RM22,000.

b. Sekiranya pada umur 30 tahun (telah menyimpan selama 6 tahun) tiba-tiba beliau mati. Jumlah wang terkumpul RM13,680.

 

b. Jika berlaku kematian pada umur 30 tahun, waris akan dapat RM20,000 + khairat RM2,000 + pelaburan. Lebih kurang RM26,500

c. Sekiranya pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan mati. Waris akan dapat wang simpanan RM13,680

 

c. Jika pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan mati.  Waris akan dapat RM40,000 +khairat RM2,000 + pelaburan. Lebih kurang RM46,500

d. Sekiranya pada umur 30 tahun beliau disahkan mengidap penyakit kritikal (kanser), apa yang akan berlaku kepada wang simpanannya? Sudah tentu akan dibelanjakan untuk berubat dan membuat pembedahan dsb, kimoterapi dll. Bukan sahaja habis malah tak cukup dan terpaksa berhutang pula atau menjual harta yang ada.

d. Sekiranya pada umur 30 tahun beliau disahkan mengidap penyakit kritikal (kanser), caruman bulanan beliau akan dibayar oleh Takaful sehingga umur 70 atau 80 tahun. Beliau akan mendapat wang sekaligus RM20,000. Disamping itu perbelanjaan perubatan beliau akan dibayar oleh Takaful iaitu sehingga RM50,000 setiap tahun dan RM500,000 seumur hidup. Jika dirawat di hospital beliau akan mendapat elaun harian sebanyak RM100. Jika umurnya panjang sehingga 54 tahun, beliau boleh mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM22,000 hasil caruman bulanan yang dibayar oleh Takaful. (Wang pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan syarat pengeluaran mestilah lebih RM500)

e. Sekiranya pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan beliau lumpuh kekal, sama seperti diatas wang simpanannya akan habis digunakan untuk perubatan dan perbelanjaan harian kerana tidak boleh lagi bekerja dan terputus mata pencarian.

e. Sekiranya pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan beliau lumpuh kekal, caruman bulanannya akan  dibayar oleh Takaful sehingga umur 70 atau 80 tahun. Beliau akan mendapat wang sekaligus RM20,000. Disamping itu perbelanjaan perubatan beliau akan dibayar oleh Takaful iaitu sehingga RM50,000 setiap tahun dan RM500,000 seumur hidup. Jika dirawat di hospital beliau akan mendapat elaun harian sebanyak RM100. Disamping itu beliau akan dibayar RM2,000 setiap tahun bantuan sara hidup. Jika umurnya panjang sehingga 54 tahun, beliau boleh mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM22,000 hasil caruman bulanan yang dibayar oleh Takaful. (Wang pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan syarat pengeluaran mestilah lebih RM500)

 



KELEBIHAN TAKAFUL HEALTH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

29 04 2010

KELEBIHAN TAKAFUL HEALTH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (PBTB).

Ringkasan Manfaat Utama Takaful Health PBTB adalah seperti berikut:

1.       NCB (Non claim Bonus).

2.       Perlindungan menyeluruh untuk bil kemasukan hospital dan pembedahan sehingga RM500,000 bagi plan paling murah.

3.       Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan.

4.       Pilihan dari plan perubatan yang mampu dimiliki.

5.       Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun.

Non Claim Bonus

Bagi plan Takaful Health PBTB ini, walaupun anda sihat dan tidak membuat sebarang tuntutan anda sebenarnya mendapat 2 manfaat iaitu:

a.       Pahala - kerana wang sumbagan anda akan digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakan peserta lain yang ditimpa musibah.

b.      Ganjaran Tahunan – PBTB akan member i anda ganjaran kerana anda kekal sihat iaitu RM100 bagi plan TH100, RM150 bagi TH150, RM300 bagi TH200, RM400 bagi TH300 atau RM500 bagi TH400. Ganjaran ini akan dikreditkan ke dalam dana pelaburan anda pada tahun berikutnya.

Perlindungan Menyeluruh Bil Hospital

Bila anda dimasukkan ke Hospital, bil perubatan anda akan ditanggung oleh PBTB. Anda hanya membayar 10% sahaja daripada keseluruhan jumlah bil tertakluk kepada minima RM300 atau maksima RM1000 (dipanggil ko-takaful). Bagi rawatan sebagai pesakit luar seperti pembedahan balik hari, rawatan kanser, dialisis buah pinggang anda hanya perlu membayar 10% daripada keseluruhan bil tertakluk kepada maksima RM2,000.

Had tahunan bagi bil hospital anda adalah mengikut plan Takaful Health anda seperti berikut:

Plan

TH100

TH150

TH200

TH300

TH400

Had Tahunan(RM)

50,000

62,500

75,000

100,000

150,000

Had Seumur Hidup(RM)

500,000

625,000

750,000

1 juta

1.5 juta

 

Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan

Dalam keadaan tertentu mungkin anda memerlukan had tahunan yang lebih tinggi. Kini anda boleh mengenepikan had tahunan anda (hanya boleh disertai oleh plan TH200,300 dan 400 sahaja). Kadar sumbangan adalah berbeza jika anda mengambil pilihan ini.

Pilihan dari plan perubatan yang mampu dimiliki

Ada 5 pilihan plan perubatan yang boleh dipilih sesuai dengan budget anda dan juga bergantung kepada umur ketika menyertai plan ini. Dari caruman serendah RM 100* sebulan, anda pasti mendapat perlindungan yang bersesuaian.

Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun

Anda boleh membuat pilihan  sama ada mahu plan perubatan ini sehingga 70 tahun atau 80 tahun. Bagi perlindungan asas Takafulink, perlindungan adalah sehingga umur anda 80 tahun.