KELEBIHAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

26 04 2010

KELEBIHAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

 

Syarikat Prudential BSN Takaful menggunakan konsep Investment-Link dalam memberi perlindungan yang menyeluruh kepada pesertanya. Setiap sumbangan peserta akan dibahagikan kepada 3 dana iaitu dana derma, dana simpanan dan dana pelaburan. Prudential BSN Takaful akan memotong peratus sumbangan mengikut tahun. Pada tahun-tahun awal, sumbangan banyak diperuntukan untuk dana perlindungan sehingga tahun ke 7, semua sumbangan setelah di tolak charges tertentu akan dimasukkan ke dana simpanan. Ini bermakna dana simpanan peserta akan bertambah untuk tabungan persaraan mereka.

Masalah utama peserta insuran atau Takaful ialah untuk terus menyambung sumbangan sehingga matang akibat masalah luar jangka seperti diberhentikan kerja dan sebagainya, Berbeza dengan konsep insuran / takaful lain, Prudential BSN Takaful yang menggunakan konsep `investment link’, mewujudkan dana pelaburan yang akan membantu peserta yang mengalami masalah tersebut. Melalui dana pelaburan, peserta boleh mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa tertakluk kepada baki simpanan yang mencukupi dan minima pengeluaran ialah RM500. Peserta boleh pada bila-bila masa menambah sumbangan di dalam dana pelaburan sama ada secara berkala atau sekali gus. Wang di dalam dana pelaburan akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan. Nilai unit ini akan berubah mengikut pasaran semasa.

Bermaksud peserta boleh menikmati wang pelaburan mereka tanpa perlu menamatkan polisi takaful mereka yang mengundang risiko yang lebih besar. Dengan kata lain perlindungan yang disediakan oleh Prudential BSN Takaful bukan hanya untuk dinikmati apabila mati (waris) atau selepas sakit atau selepas matang.

Asas perlindungan melalui Prudential BSN Takaful ialah Takafulink yang memberi perlindungan bagi kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal berserta dana pelaburan. Para peserta amat digalakkan menambah manfaat dengan membeli plan tambahan(rider) untuk memaksimumkan perlindungan antaranya ialah:

·         Compassionate Benefit

·         Accidental Death and Disablement

·         Accidental Medical Reimbursement

·         Weekly Indemnity

·         Medical Cover

·         Hospital Benefit

·         Disability Provider

·         Crisis Cover Plus

·         Crisis Cover Income

·         Takaful Puteri dan Puteri Plus (bagi penyakit berkaitan wanita)

·         Takaful Health bagi perbelanjaan Hospital

Sebagai contoh, jika peserta membeli Takafulink dan menambah rider Takaful Health, Contributor dan Takaful Saver Contributor, peserta telah dilindungi seperti berikut:

1.       Jika berlaku kematian, waris peserta mendapat wang pampasan kematian yang dijanjikan beserta wang simpanan dan wang dana pelaburan.

2.       Jika peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, peserta akan dibayar pampasan sekali gus wang Crisis Shield yang dijanjikan. Peserta seterusnya tidak perlu lagi membayar caruman, sebaliknya Syarikat Takaful akan membayar setiap bulan bagi perlindunganTakaful Health dan juga terus membayar simpanan pelaburan anda. Prudential BSN Takaful menjanjikan anda bahawa Plan Takaful Health anda akan disambung setiap tahun walaupun anda sedang menjalani rawatan penyakit kritikan dan kerap membuat tuntutan bayaran bil hospital. Jika peserta memerlukan wang tunai tambahan, mereka boleh mengeluarkan wang dana pelaburan yang masih secara berterusan disimpan oleh Syarikat Takaful.

Selain manfaat sekiranya berlaku musibah, Prudential BSN Takaful juga melalui Plan Takaful Health memberi ganjaran tahunan sekiranya anda sihat dan tidak membuat tuntutan pada tahun tersebut, yang dipanggil sebagai NCB (Non Claim Bonus). Wang ganjaran ini akan dikreditkan ke dalam dana pelaburan anda pada tahun berikutnya.

Ini adalah sebahagian contoh plan perlindungan dan manfaat yang akan diperolehi sekiranya anda menjadi peserta Prudential BSN Takaful. Anda perlu mendapatkan khidmat perundingan daripada agen PRUBSN Takaful yang sah.

HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT: 017-8876017

Maklumat selanjutnya…

Kelebihan Takaful Health Prudential BSN Takaful

 http://financialsfreedom.com/kebebasan-kewangan/kelebihan-takaful-health-prudential-bsn-takaful/

 

 



MENGAPA INSURAN / TAKAFUL PENTING

26 04 2010

MENGAPA INSURAN / TAKAFUL AMAT PENTING

 

MANUSIA memang dijadikan dalam keadaan resah gelisah dan cepat gelabah. Dalam situasi zaman mutakhir ini banyak kejadian berlaku tanpa diduga. Maka akan bertambah gelabah lah manusia yang di timpa masalah.

Cuba kita lihat persekitaran kita. Kita dikelilingi oleh masyarakat. Kalau dulu di kampong, komuniti dalam satu kampong tidak didiami ramai penduduk. Rumah selang seekar atau serelung, tetapi kini yang seekar telah dipenuhi dengan beberapa rumah adik beradik. Kesesakan persekitaran boleh mengundang penyakit berjangkit merebak begitu cepat. Demam denggi umpamanya, akan cepat merebak dan berjangkit di dalam komuniti. Kadang-kadang punca penyakit tersebut bukan dari kesilapan kita, tetapi bila hidup dalam komuniti yang sesak, kita akan turut sama terpalit.

Dijalan raya sekeliling kita, kalau dulu kita bebas berbasikal tanpa takut dilanggar dari belakang dan sebagainya. Sekarang ini, keluar sahaja dari rumah dan masuk ke jalan raya, kita sudah berada di dalam risiko kemalangan. Kalau kita cukup cermat dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, bagaimana pula jika tiba-tiba muncul seorang pengguna yang bermasalah yang menyondol kenderaan kita. Kalau kenderaan saja rosak, bolehlah minta ganti rugi, bagaimana pula jika melibatkan kematian atau kecederaan teruk dan perlu mendapat rawatan berhari-hari.

Senario di atas adalah realiti kehidupan kita setiap hari yang sentiasa berdepan dengan risiko. Kita tidak dapat menjangkakan bila ianya akan berlaku sama ada kepada kita atau anak isteri kita. Sebagai manusia bijak kita perlu sentiasa bersedia menghadapinya. Sabda Nabi Muhammad SAW, “Bersedialah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

-Hidup sebelum mati; Kaya sebelum miskin; Sihat sebelum sakit; Lapang sebelum sibuk; Muda sebelum tua.”

Menyedari masalah tersebut Insuran pada awalnya menyediakan bantuan ketika peserta mengalami musibah/ kecelakaan. Bermula dengan perlindungan kematian iaitu memberi bantuan kepada tanggungan peserta jika berlaku kematian kepada peserta, supaya tanggungan dapat memulakan hidup baru. Kemudian wujud pula insuran penyakit kritikal, plan pembiayaan perubatan, kemalangan, elaun hospital, kecacatan kekal / lumpuh dan sebagainya.

Insuran dulu berkonsepkan bayar untuk dapatkan perlindungan. Tiada tuntutan, bayaran akan hangus, biasanya jenis PA (Personal Accident). Kemudian konsep berubah dengan mewujudkan element simpanan. Jika tiada tuntutan sehingga umur matang, peserta akan menerima sejumlah wang yang ditentukan dicampur keuntungan simpanan. Kemudian konsep ini berubah dengan memasukkan elemen pelaburan, dimana selain wang simpanan selepas matang, peserta juga akan menikmati wang dari tabung pelaburan. Konsep ini dinamakan investment-link. Wang dari tabung pelaburan boleh dikeluarkan tertakluk kepada peraturan jumlah minima tanpa perlu menyerahkan / berhenti skim insuran tersebut. Konsep ini bagi membantu peserta yang mengalami masalah kewangan, meringankan sedikit masalah mereka disamping terus menikmati perlindungan insuran.

Insuran membantu pesertanya melindungi simpanan dan asetnya. Bila berlaku musibah, tentu banyak kerugian akan dialami terutamanya kerugian kewangan. Sesiapa yang ditimpa penyakit kritikal tentu tanpa berkira akan menggunakan semua simpanan yang ada untuk mengubat penyakitnya kerana kesihatan adalah lebih penting dari wang ringgit. Bila ini berlaku simpanan dan asset akan semakin berkurang dan sehingga satu ketika akan menjerumuskan ke dalam hutang jika sekiranya yang ditimpa musibah itu tidak mempunyai lagi simpanan atau asset berharga. Inilah pentingnya insuran yang menyediakan perlindungan dengan membayar sejumlah wang pampasan bagi merawat awal penyakit kritikal. Jika ada perlindungan kesihatan, insuran akan membayar bil hospital dan pembedahan yang digunakan untuk merawat penyakit tersebut. Dengan cara ini, simpanan peserta tidak akan terjejas dan boleh digunakan untuk tujuan yang lain yang telah dirancangkan.

Menyedari kepentingan insuran ini kepada umat Islam dan supaya skim insuran ini bersih dari unsur riba dan judi, maka wujudlah Konsep Takaful. Wang bayaran dalam skim Insuran diurus dan dikendalikan oleh syarikat insuran. Terpulanglah kepada mereka jumlah keuntungan yang mereka akan beri kepada peserta dan mereka bebas melaburkan wang tersebut ke mana-mana syarikat yang dapat memberi keuntungan. Berbeza dengan Takaful, kesemua wang peserta akan diuruskan oleh syarikat yang diberi lesen oleh Bank Negara. Syarikat ini dipantau oleh Jawatankuasa Syariah yang menentukan syarikat mana yang boleh dilaburkan wang peserta. Syarikat tersebut mesti mematuhi syariah. Hasil keuntungan pula dibahagi mengikut kadar 70:30 iaitu 70% kepada peserta dan 30% kepada syarikat pengendali. Jika ada tuntutan, akan diambil daripada Tabung Derma semua peserta. Dengan kata lain konsep Takaful ialah semua peserta sama-sama menyumbang kepada peserta yang ditimpa musibah dan sama-sama menerima keuntungan hasil pelaburan berdasarkan pemahagian keuntungan yang dipersetujui dengan syarikat pengedali.

 

Bacaan Lanjut….

Kelebihan Prudential BSN Takaful.