FINANCIALSFREEDOM.COM

Mengawal Pelaburan Wang KWSP Anda
Ramai yang tidak mengetahui bahawa wang caruman anda di dalam Tabung KWSP boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan. Bagi sesiapa yang mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi (melebihi simpanan wajib, rujuk jadual di bawah) boleh mengeluarkan 20% daripada lebihan tersebut untuk dilaburkan di dalam institusi yang diluluskan oleh KWSP.

Mengapa pengeluaran ini diluluskan? Tahukah anda bahawa 95% pencarum KWSP hanya membawa keluar wang KWSP kurang daripada RM150,000 ketika umur 55 tahun. Jumlah RM150,000 jika dilaburkan semula di dalam institusi yang memberi pulangan 8% (contoh ASB) hanya memberi pulangan RM1,000 sebulan. Di zaman ini pendapatan RM1,000 tidak mencukupi untuk sara hidup, itu tidak termasuk jika masih mempunyai hutang rumah, kereta, tanggungan anak dan sebagainya.

Jika kita hanya mencarum dan menunggu pulangan daripada KWSP biasanya 5% setahun. Jika ditolak kadar inflasi 6% setahun sebenarnya caruman kita tidak mempunyai nilai jika dibandingkan dengan situasi semasa. Oleh itu kita harus mengurus sendiri pelaburan tersebut sekurang-kurangnya mendapat pulangan 10% setahun untuk menggandakan tabung persaraan kita. Untuk itu anda mesti mendapatkan penasihat kewangan yang terlatih untuk membantu anda merancang dan mengurus pelaburan tersebut berpandukan strategi pelaburan bijak.

KWSP hanya meluluskan pelaburan di dalam beberapa institusi sahaja. Antaranya ialah unit amanah (unit trust). Pelaburan tabung unit amanah tersebut mestilah di dalam negara. Mengapa kita perlu melabur di dalam unit amanah?:

Syarikat unit amanah berdaftar dengan dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Tabung unit amanah diurus oleh pengurus yang professional yang terlatih dalam menilai pasaran.

Pulangan unit amanah menguntungkan jika mengamalkan strategi jangka panjang ( antara 10 - 20% setahun).

Boleh dipelbagaikan. Wang pelaburan dipecahkan kepada beberapa tabung untuk mengurangkan risiko kerugian.

Keuntungan boleh diperolehi melalui dividen, bonus, unit split selain daripada kenaikan harga.

Mudah dan mampu. Melalui KWSP minima pelaburan ialah RM1,000 sahaja dan pengeluaran boleh berulang setiap tiga bulan.

Mudah tunai. Penjualan semula mudah dan tidak bergantung kepada permintaan pasaran. Wang jualan akan dikreditkan semula ke dalam akaun KWSP pencarum.

Ada banyak tabung yang memenuhi syariah. Di CIMB Wealth Advisors Berhad, ada 3 tabung yang memenuhi syariah yang diluluskan oleh KWSP:

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund

CIMB Islamic DALI Equity Theme Fund

CIMB Islamic Balance Income Fund

Ketiga-tiga tabung ini mempunyai rekod pencapaian yang memuaskan dan telah memberikan pulangan yang baik kepada pelabur. (Anda dinasihatkan membaca prospektus dan meneliti fund fact sheet tabung ini sebelum membuat keputusan untuk melabur).

Adakah anda termasuk orang yang takut melabur di dalam unit amanah?

Ketika krisis ekonomi sekarang ramai yang takut melabur kerana harga rendah. Bukankah anda ingin keuntungan? Apakah prinsip asas untuk mendapat untung? BELI PADA HARGA RENDAH, JUAL KETIKA HARGA TINGGI. Nah apa yang ditunggu lagi, ketika harga rendah lah kita membeli dan mengumpul sebanyak mungkin pelaburan. Harga pasaran selalu turun naik, suatu ketika harga akan naik. Jika kita mengamalkan konsep pelaburan jangka panjang, tentu akan sampai masa harga akan naik, dan bila memenuhi target kita (biasanya untung bersih 10%), kita jual dahulu untuk mendapatkan keuntungan, dan beli semula pada ketika yang sesuai atau membeli tabung yang lain. Cuba lihat testimonial pelabur ini.

Info last updated: Thursday, 15 JuL 2009.

Fund

Abbrevia-

tion

Total Unit Holdings

Average NAV

Average Purchase Price (RM)

Average Return of investment

First Investment Date

05DALI

3,393.23

0.8685

0.7153

23-02-2009

27IBIF

5,969.84

0.4930

0.4391

23-02-2009

B7DALI3

13,666.55

0.2177

0.1776

23-02-2009

Dalam masa 5 bulan sahaja purata keuntungan keseluruhan pelaburannya telah mencapai 15% BERSIH. Beliau telahpun menjualkan kesemua unit pada 15 Julai.

Dalam hal ini biasanya kita akan nasihatkan tabung tersebut dijual bila telah mendapat average return of investment 17% (iaitu keuntungan bersih 10% selepas ditolak bayaran perkhidmatan).

Maklumat lanjut akan menyusul …

Baki Wajib di dalam Akaun 1 KWSP

Umur

(Tahun)

Simpanan Wajib

(RM)

Umur

(Tahun)

Simpanan Wajib

(RM)

18

1,000

37

34,000

19

2,000

38

37,000

20

3,000

39

41,000

21

4,000

40

44,000

22

5,000

41

48,000

23

7,000

42

51,000

24

8,000

43

55,000

25

9,000

44

59,000

26

11,000

45

64,000

27

12,000

46

68,000

28

14,000

47

73,000

29

16,000

48

78,000

30

18,000

49

84,000

31

20,000

50

90,000

32

22,000

51

96,000

33

24,000

52

102,000

34

26,000

53

109,000

35

29,000

54

116,000

36

32,000

55

120,000

*Untuk layak melabur menggunakan wang tabungan KWSP, baki simpanan akaun 1 mestilah lebih RM5,000 daripada simpanan wajib mengikut umur.

BERTINDAKLAH SEGERA !!! HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT… SMS ATAU TEL KE 017-8876017 (Abang Is)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN IALAH FOTOKOPI IC DAN SALINAN TERBARU PENYATA KWSP.

FOREX TRADING
FOREX TRADING (URUSNIAGA MATAWANG ASING)

Biasa tak dengar tentang urusniaga matawang asing (FOREX = Foreign Exchange). Tentu terfikir bermacam-macam tentang urusniaga ini. FOREX ialah suatu urusniaga yang amat aktif melibatkan 3 Trilion Dollar sehari. Mana tak aktif, kerana ia dilakukan oleh trader dari seluruh dunia dan berlangsung 24 jam sehari tanpa henti selama 5 hari seminggu.

Tahukah anda bahawa 95% trader FOREX mengalami kerugian. Suatu angka yang amat menakutkan. Tetapi ramai juga yang dah kaya raya melalui FOREX. Billionaires ternama seperti Bill Gates dan Warren Buffet adalah pakar FOREX, bukan George Soros sahaja. Di Malaysia, kita belum dengar lagi nama jutawan FOREX mungkin dah ada tapi mereka mungkin tak mahu menonjolkan diri, takut kena kejar dengan Income Tax.

Pada permulaan, FOREX dijalankan oleh Bank-bank sesebuah negara apabila ada keperluan pertukaran wang untuk dagangan barangan. Untuk memulakan urusniaga memerlukan modal yang amat besar. Bagi peniaga runcit, janganlah mimpi nak menceburi FOREX. Oleh kerana urusniaganya yang aktif dan rancak (jauh berbeza dengan Bursa Saham KL atau Dow Jones dsb), keuntungan yang diperolehi amat lumayan sekali sehingga ada organisasi mengiklankan skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Swiss Cash, dan lain-lain yang berselindung disebalik perniagaan internet. Sebenarnya urusniaga utama skim ini ialah FOREX, (bagi yang dapat memberi secara konsisten bonus bulanan 10%). Bagi yang menjalankan perniagaan internet tetapi tidak melakukan urusniaga FOREX, hanyalah skim penipuan sahaja kerana mereka hanya menggunakan wang yang dibayar oleh peserta baru sehingga tiba masa pendapatan mereka cukup sasaran, mereka akan menghilangkan diri dan terkonteng-kontenglah pelabur baru.

Bagi trader FOREX yang asli dan pakar, mereka akan dapat mengumpul wang yang banyak. Jika rugipun, mereka telahpun sedia dengan strategi untuk meminimakan kerugian tersebut. Hanya trader yang malas belajar untuk menimba ilmu FOREX akan memasuki pasaran secara melulu dan mengharapkan untung seperti orang yang berjudi, dan selalunya terperangkap dalam kerugian.

Sekarang ini telah ramai trader FOREX di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila di gembar-gemburkan dengan teknik yang 100% terbukti berjaya dan berkesan. Tetapi bila mula trading, ramai yang rugi. FOREX makin popular ketika ini kerana ia adalah urusniaga yang mudah dijalankan dihujung jari sahaja, dengan modal permulaan US$25 sahaja dah boleh berurusniaga dengan kewujudan akaun micro atau mini.

Perumpamaan kita ada menyebut, `Jika kail panjang sejengkal jangan diduga lautan luas.’ Maksudnya jika ilmu belum cukup jangan berurusniaga FOREX. Ada langkah-langkah yang perlu dilalui sebelum anda memasuki dunia FOREX yang penuh cabaran dan ketidaktentuan.

Bahaya Berhutang
Kali ini saya ingin menasihatkan diri saya dan saudara pembaca mengenai bahaya berhutang. Labih-lebih lagi kalau terlibat berhutang dengan Along dsb. Oleh itu sama-samalah kita mulakan usaha berjimat dalam perbelanjaan dan menabung, kemudian boleh melabur (jangka panjang) untuk mengembang biakkan tabungan tersebut..

“Meninggalkan harta kepada anak-anak kamu adalah lebih baik berbanding jika kamu meninggalkan anak-anak kamu dalam keadaan miskin papa”

Kisah Sebenar Orang Berhutang

www.iluvislam.com

dihantar oleh: zauj_nisahumaira8856

Editor: ar-ruhul JADEED

“Kamarul, esok result keluar.” Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. “Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah.” Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.

“Alhamdulillah, aku lulus.” Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500. Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai. Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem.

Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. “Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan). ” Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya. Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat. Harga kereta : RM 53,000 Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan) Ansuran : RM 624 Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 - 9%. Kini gajinya RM 2,750. “Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini.” Hatinya benar-benar puas. Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666. Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. “Alhamdulillah, pinjaman aku lulus.” Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu. Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya. Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram. “Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi.” Kamarul memberitahu isteri kesayangannya. “Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?” tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, “Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur. ” “Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang.” Balqis meminta. “Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil.” Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah.

Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit. Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, “Kamarul, engkau sudah buka e-mel?”, tanya si Man. “Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?”. Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. “Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan.” Muka Kamarul berubah berseri-seri . “Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita.” Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu. Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum. Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Daripada lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan. Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900.

Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70. Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan. Terdetik juga di hatinya, “Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?” Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun. Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang. Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan ‘Skim Bayaran Mudah’, Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun. Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis.

Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya. Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan. Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula. Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta. Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. “Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja.” Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit…. Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak. Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan daripada bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan. Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman. Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak. “Abang, susu Aiman sudah habis.” Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. “Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!” Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42. Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. “Ah, lega… kad kredit diterima” katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit. Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. “Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?” tegur Balqis. “Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini.” “Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan,” hatinya berbicara. “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

” Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah. Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar. Dia merasa takut apabila dilanda musibah kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum. Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan. Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong. Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000. Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, “Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai.” “Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun.” Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul. Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. “Roh seorang Muslim…” “Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat

ANGAN MAT JENIN VS `THINK BIG’
Kita selalu dimomokkan dengan ungkapan `Angan-angan Mat Jenin’ bila kita menyuarakan keinginan kita untuk mencapai sesuatu. Yang tak baiknya ialah, orang yang berkata tersebut ialah orang yang kita sayang atau yang paling rapat dengan kita. Tan Sri Lim Goh Tong dulu pernah ditertawakan rakan bila dia menyatakan akan membina sebuah kasino di atas bukit Genting Highland. Genting Highland ketika itu ialah bukit yang tinggi dan diliputi hutan tebal. Tapi beliau akhirnya dapat membuktikan mimpinyanya itu sebagai kenyataan.

Adakah `Angan-angan Mat Jenin’ ini sesuatu yang negatif ? Pada saya ia adalah sesuatu yang boleh memotivasikan kita, cuma dipenghujung cerita Mat Jenin dijatuhkan dari pokok kelapa. Setiap manusia yang ingin berjaya mesti mempunyai impian. Impian orang yang berjaya adalah besar dan berbeza daripada orang lain. Mesti `Think Big’. Cuba perhatikan langkah yang diceritakan di dalam kisah Mat Jenin.

Mula-mula kumpul buah kelapa, bila banyak jual dan beli anak ayam

Pelihara anak ayam, bila banyak jual dan beli kambing

Pelihara kambing, bila banyak jual beli lembu

Pelihara lembu, bila banyak beli emas

Jadi tokeh emas kaya raya nak kahwin dengan anak raja.

Sebenarnya pada masa sekarang, langkah pertama Mat Jenin sahaja sudah boleh menjadikannya berjaya. Kelapa adalah produk keperluan utama masyarakat kita. Daripada kelapa boleh dibuat santan, kueh dan lain-lain lagi. Apa yang perlu sekarang ialah cuba fokus kepada sesuatu perniagaan dulu. Keuntungan perniagaan tersebut di asingkan kepada simpanan syarikat dan juga pelaburan jangka panjang. Insyaalah, perniagaan kita akan berkembang sedikit demi sedikit. Wang pelaburan dalam masa tertentu boleh digunakan untuk meneroka perniagaan baru, seperti pelihara ayam, langkah kedua Mat Jenin. Sekian, Jumpa lagi …

Penjimatan Cukai Pendapatan
Sama ada anda tahu atau tidak, sebenarnya kita boleh berjimat sehingga RM9,000 pengecualian cukai jika kita membayar insuran hayat dan perubatan setiap tahun. Bukan nak ajar tak patriotik, tapi ini adalah untuk kebaikan anda.

Staf kerajaan yang dah tak bayar EPF lagi, anda rugi sedikit kerana tidak dapat pengecualian cukai tersebut jika tidak membeli insuran hayat dan perubatan. Kita jangan berharap, jika sakit ada hospital kerajaan, semua free. Atau dah ada pencen bila berlaku apa-apa, keluarga dapat wang pencen.

Kita perlu sedar sekarang, zaman dah berubah. Semua nak cepat. Di hospital kerajaan bagi staf kerajaan hanya kes biasa saja free. Bila perlu pembedahan, masih perlu bayar juga. Jika kes yang perlu rujuk pakar dan segera, terpaksalah pergi Hospital Swasta. Masa ni dah nak keluar duit sendiri.

Saya masih ingat lagi pengalaman seorang rakan saya kakitangan kerajaan yang mempunyai ketumbuhan di payu dara. Check up dihospital ambil masa yang lama sebab senarai menunggu ramai. Nasib baik dia dah beli insuran perubatan. Hari ni masuk Hospital Swasta, scan, positive ada ketumbuhan, esok terus operate. Sehari lepas tu dah boleh keluar hospital, berehat di rumah.

Begitu juga staf swasta yang tak beli insuran sebab syarikat dah sediakan insuran perubatan. Tapi bagaimana jika kita berhenti atau diberhentikan suatu hari nanti? Masa tu umur dah meningkat, nak beli premium insuran dah mahal. Kalau dah ada penyakit, penyakit tu dah tak cover lagi.

Nasihat saya belilah insuran sewaktu muda (murah) dan anggapkan ianya sebagai simpanan paksa kita untuk hari tua. Bila masuk hospital (medical claim) gunakan dulu insuran syarikat supaya kita dapat jimatkan sum insured seumur hidup yang kita beli sendiri di waktu tua nanti iaitu bila kita dah berhenti kerja dengan syarikat tersebut.Fikirkanlah!!!…

Jumpa lagi nanti…

Berjimat Dalam Perbelanjaan
Agak menghairankan juga bila kita dapati beberapa orang di sekeliling kita dapat menyara kehidupan keluarga mereka walaupun mempunyai pendapatan kecil. Pepatah melayu ada mengatakan, “BESAR PERIUK, BESAR LAGILAH KERAKNYA“, ada juga kebenarannya. Lebih banyak pendapatan yang kita perolehi jika tidak berjimat akan dibelanjakan kepada perkara yang sia-sia. Jika kita mempunyai pendapatan kecil tetapi tidak mengamalkan perbelanjaan secara berjimat dan berhemah, nescaya kita akan berada di dalam kehidupan yang sukar dan mudah terlibat di dalam hutang.

Sesuai dengan pendapatan yang diperolehi, rancanglah perbelanjaan kita. Jika kita tidak mampu lagi membeli kereta, cukuplah kita menaiki motosikal sahaja. Bagi yang merokok, eloklah berhenti sahaja. Sayanglah nyawa kita dan keluarga kerana wang yang kita bakarkan setiap hari lebih penting untuk digunakan bagi melindungi keluarga  daripada risiko kemalangan atau masalah kesihatan yang memerlukan banyak perbelanjaan bila berlaku tanpa diduga.

Hasil penjimatan akan kita gunakan untuk membina tabungan masa depan dengan mengamalkan FORMULA ASAS JUTAWAN, di mana kita akan mengasingkan terlebih dahulu pendapatan kita untuk simpanan, pelaburan dan insuran sebelum kita berbelanja. Sekiranya selepas berjimat kita dapati masih lagi tidak mencukupi, kita harus memikirkan jalan untuk mencari pendapatan tambahan.

Namun berhati-hatilah dengan pelbagai skim dan plan yang bukan menambahkan pendapatan tetapi akan menambahkan lagi perbelanjaan kita. Banyak kerja tambahan yang kita boleh lakukan sesuai dengan kepakaran dan kebolehan kita. Sebagai contoh, membuat kuih dan menumpang jualannya di gerai atau restoran. Yang penting mulakan secara kecil-kecilan dahulu tanpa berhutang.

Jumpa lagi nanti dengan topik yang lebih menarik…