ANGAN MAT JENIN VS `THINK BIG’

15 04 2009

Kita selalu dimomokkan dengan ungkapan `Angan-angan Mat Jenin’ bila kita menyuarakan keinginan kita untuk mencapai sesuatu. Yang tak baiknya ialah, orang yang berkata tersebut ialah orang yang kita sayang atau yang paling rapat dengan kita. Tan Sri Lim Goh Tong dulu pernah ditertawakan rakan bila dia menyatakan akan membina sebuah kasino di atas bukit Genting Highland. Genting Highland ketika itu ialah bukit yang tinggi dan diliputi hutan tebal. Tapi beliau akhirnya dapat membuktikan mimpinyanya itu sebagai kenyataan.

Adakah `Angan-angan Mat Jenin’ ini sesuatu yang negatif ? Pada saya ia adalah sesuatu yang boleh memotivasikan kita, cuma dipenghujung cerita Mat Jenin dijatuhkan dari pokok kelapa. Setiap manusia yang ingin berjaya mesti mempunyai impian. Impian orang yang berjaya adalah besar dan berbeza daripada orang lain. Mesti `Think Big’. Cuba perhatikan langkah yang diceritakan di dalam kisah Mat Jenin.

  • Mula-mula kumpul buah kelapa, bila banyak jual dan beli anak ayam
  • Pelihara anak ayam, bila banyak jual dan beli kambing
  • Pelihara kambing, bila banyak jual beli lembu
  • Pelihara lembu, bila banyak beli emas
  • Jadi tokeh emas kaya raya nak kahwin dengan anak raja.

Sebenarnya pada masa sekarang, langkah pertama Mat Jenin sahaja sudah boleh menjadikannya berjaya. Kelapa adalah produk keperluan utama masyarakat kita. Daripada kelapa boleh dibuat santan, kueh dan lain-lain lagi. Apa yang perlu sekarang ialah cuba fokus kepada sesuatu perniagaan dulu. Keuntungan perniagaan tersebut di asingkan kepada simpanan syarikat dan juga pelaburan jangka panjang. Insyaalah, perniagaan kita akan berkembang sedikit demi sedikit. Wang pelaburan dalam masa tertentu boleh digunakan untuk meneroka perniagaan baru, seperti pelihara ayam, langkah kedua Mat Jenin. Sekian, Jumpa lagi …


Actions

Informations

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>