KELEBIHAN TAKAFUL HEALTH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
29 04 2010KELEBIHAN TAKAFUL HEALTH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (PBTB).
Ringkasan Manfaat Utama Takaful Health PBTB adalah seperti berikut:
1. NCB (Non claim Bonus).
2. Perlindungan menyeluruh untuk bil kemasukan hospital dan pembedahan sehingga RM500,000 bagi plan paling murah.
3. Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan.
4. Pilihan dari plan perubatan yang mampu dimiliki.
5. Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun.
Non Claim Bonus
Bagi plan Takaful Health PBTB ini, walaupun anda sihat dan tidak membuat sebarang tuntutan anda sebenarnya mendapat 2 manfaat iaitu:
a. Pahala - kerana wang sumbagan anda akan digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakan peserta lain yang ditimpa musibah.
b. Ganjaran Tahunan – PBTB akan member i anda ganjaran kerana anda kekal sihat iaitu RM100 bagi plan TH100, RM150 bagi TH150, RM300 bagi TH200, RM400 bagi TH300 atau RM500 bagi TH400. Ganjaran ini akan dikreditkan ke dalam dana pelaburan anda pada tahun berikutnya.
Perlindungan Menyeluruh Bil Hospital
Bila anda dimasukkan ke Hospital, bil perubatan anda akan ditanggung oleh PBTB. Anda hanya membayar 10% sahaja daripada keseluruhan jumlah bil tertakluk kepada minima RM300 atau maksima RM1000 (dipanggil ko-takaful). Bagi rawatan sebagai pesakit luar seperti pembedahan balik hari, rawatan kanser, dialisis buah pinggang anda hanya perlu membayar 10% daripada keseluruhan bil tertakluk kepada maksima RM2,000.
Had tahunan bagi bil hospital anda adalah mengikut plan Takaful Health anda seperti berikut:
|
Plan |
TH100 |
TH150 |
TH200 |
TH300 |
TH400 |
|
Had Tahunan(RM) |
50,000 |
62,500 |
75,000 |
100,000 |
150,000 |
|
Had Seumur Hidup(RM) |
500,000 |
625,000 |
750,000 |
1 juta |
1.5 juta |
Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan
Dalam keadaan tertentu mungkin anda memerlukan had tahunan yang lebih tinggi. Kini anda boleh mengenepikan had tahunan anda (hanya boleh disertai oleh plan TH200,300 dan 400 sahaja). Kadar sumbangan adalah berbeza jika anda mengambil pilihan ini.
Pilihan dari plan perubatan yang mampu dimiliki
Ada 5 pilihan plan perubatan yang boleh dipilih sesuai dengan budget anda dan juga bergantung kepada umur ketika menyertai plan ini. Dari caruman serendah RM 100* sebulan, anda pasti mendapat perlindungan yang bersesuaian.
Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun
Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu plan perubatan ini sehingga 70 tahun atau 80 tahun. Bagi perlindungan asas Takafulink, perlindungan adalah sehingga umur anda 80 tahun.





