MANA LEBIH UNTUNG?? SIMPANAN TETAP BULANAN ATAU TAKAFUL?

4 06 2010

Cuba kita bandingkan dalam kes kajian ini seorang wanita berumur 24 tahun, baru mula bekerja. Cuba kita bandingkan mana yang lebih menguntungkan sama ada beliau menyimpan secara tetap di bank atau mencarum jumlah yang sama dengan Takaful Hayat/Perubatan.

 

1.       Simpan sebanyak RM190 setiap bulan di bank

2.       Mencarum RM190 setiap bulan dalam Takaful Hayat/Perubatan

a.   Sehingga umur 54 tahun (selama 30 tahun menyimpan) jumlah wang terkumpul RM68,400

 

a.     Bila surrender umur 54 tahun Cuma dapat RM22,000.

b. Sekiranya pada umur 30 tahun (telah menyimpan selama 6 tahun) tiba-tiba beliau mati. Jumlah wang terkumpul RM13,680.

 

b. Jika berlaku kematian pada umur 30 tahun, waris akan dapat RM20,000 + khairat RM2,000 + pelaburan. Lebih kurang RM26,500

c. Sekiranya pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan mati. Waris akan dapat wang simpanan RM13,680

 

c. Jika pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan mati.  Waris akan dapat RM40,000 +khairat RM2,000 + pelaburan. Lebih kurang RM46,500

d. Sekiranya pada umur 30 tahun beliau disahkan mengidap penyakit kritikal (kanser), apa yang akan berlaku kepada wang simpanannya? Sudah tentu akan dibelanjakan untuk berubat dan membuat pembedahan dsb, kimoterapi dll. Bukan sahaja habis malah tak cukup dan terpaksa berhutang pula atau menjual harta yang ada.

d. Sekiranya pada umur 30 tahun beliau disahkan mengidap penyakit kritikal (kanser), caruman bulanan beliau akan dibayar oleh Takaful sehingga umur 70 atau 80 tahun. Beliau akan mendapat wang sekaligus RM20,000. Disamping itu perbelanjaan perubatan beliau akan dibayar oleh Takaful iaitu sehingga RM50,000 setiap tahun dan RM500,000 seumur hidup. Jika dirawat di hospital beliau akan mendapat elaun harian sebanyak RM100. Jika umurnya panjang sehingga 54 tahun, beliau boleh mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM22,000 hasil caruman bulanan yang dibayar oleh Takaful. (Wang pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan syarat pengeluaran mestilah lebih RM500)

e. Sekiranya pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan beliau lumpuh kekal, sama seperti diatas wang simpanannya akan habis digunakan untuk perubatan dan perbelanjaan harian kerana tidak boleh lagi bekerja dan terputus mata pencarian.

e. Sekiranya pada umur 30 tahun berlaku kemalangan dan beliau lumpuh kekal, caruman bulanannya akan  dibayar oleh Takaful sehingga umur 70 atau 80 tahun. Beliau akan mendapat wang sekaligus RM20,000. Disamping itu perbelanjaan perubatan beliau akan dibayar oleh Takaful iaitu sehingga RM50,000 setiap tahun dan RM500,000 seumur hidup. Jika dirawat di hospital beliau akan mendapat elaun harian sebanyak RM100. Disamping itu beliau akan dibayar RM2,000 setiap tahun bantuan sara hidup. Jika umurnya panjang sehingga 54 tahun, beliau boleh mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM22,000 hasil caruman bulanan yang dibayar oleh Takaful. (Wang pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan syarat pengeluaran mestilah lebih RM500)

 


Actions

Informations

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>