Mengawal Pelaburan Wang KWSP Anda
20 01 2010Ramai yang tidak mengetahui bahawa wang caruman anda di dalam Tabung KWSP boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan. Bagi sesiapa yang mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi (melebihi simpanan wajib, rujuk jadual di bawah) boleh mengeluarkan 20% daripada lebihan tersebut untuk dilaburkan di dalam institusi yang diluluskan oleh KWSP.
Mengapa pengeluaran ini diluluskan? Tahukah anda bahawa 95% pencarum KWSP hanya membawa keluar wang KWSP kurang daripada RM150,000 ketika umur 55 tahun. Jumlah RM150,000 jika dilaburkan semula di dalam institusi yang memberi pulangan 8% (contoh ASB) hanya memberi pulangan RM1,000 sebulan. Di zaman ini pendapatan RM1,000 tidak mencukupi untuk sara hidup, itu tidak termasuk jika masih mempunyai hutang rumah, kereta, tanggungan anak dan sebagainya.
Jika kita hanya mencarum dan menunggu pulangan daripada KWSP biasanya 5% setahun. Jika ditolak kadar inflasi 6% setahun sebenarnya caruman kita tidak mempunyai nilai jika dibandingkan dengan situasi semasa. Oleh itu kita harus mengurus sendiri pelaburan tersebut sekurang-kurangnya mendapat pulangan 10% setahun untuk menggandakan tabung persaraan kita. Untuk itu anda mesti mendapatkan penasihat kewangan yang terlatih untuk membantu anda merancang dan mengurus pelaburan tersebut berpandukan strategi pelaburan bijak.
KWSP hanya meluluskan pelaburan di dalam beberapa institusi sahaja. Antaranya ialah unit amanah (unit trust). Pelaburan tabung unit amanah tersebut mestilah di dalam negara. Mengapa kita perlu melabur di dalam unit amanah?:
- Syarikat unit amanah berdaftar dengan dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
- Tabung unit amanah diurus oleh pengurus yang professional yang terlatih dalam menilai pasaran.
- Pulangan unit amanah menguntungkan jika mengamalkan strategi jangka panjang ( antara 10 - 20% setahun).
- Boleh dipelbagaikan. Wang pelaburan dipecahkan kepada beberapa tabung untuk mengurangkan risiko kerugian.
- Keuntungan boleh diperolehi melalui dividen, bonus, unit split selain daripada kenaikan harga.
- Mudah dan mampu. Melalui KWSP minima pelaburan ialah RM1,000 sahaja dan pengeluaran boleh berulang setiap tiga bulan.
- Mudah tunai. Penjualan semula mudah dan tidak bergantung kepada permintaan pasaran. Wang jualan akan dikreditkan semula ke dalam akaun KWSP pencarum.
Ada banyak tabung yang memenuhi syariah. Di CIMB Wealth Advisors Berhad, ada 3 tabung yang memenuhi syariah yang diluluskan oleh KWSP:
- CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund
- CIMB Islamic DALI Equity Theme Fund
- CIMB Islamic Balance Income Fund
Ketiga-tiga tabung ini mempunyai rekod pencapaian yang memuaskan dan telah memberikan pulangan yang baik kepada pelabur. (Anda dinasihatkan membaca prospektus dan meneliti fund fact sheet tabung ini sebelum membuat keputusan untuk melabur).
Adakah anda termasuk orang yang takut melabur di dalam unit amanah?
Ketika krisis ekonomi sekarang ramai yang takut melabur kerana harga rendah. Bukankah anda ingin keuntungan? Apakah prinsip asas untuk mendapat untung? BELI PADA HARGA RENDAH, JUAL KETIKA HARGA TINGGI. Nah apa yang ditunggu lagi, ketika harga rendah lah kita membeli dan mengumpul sebanyak mungkin pelaburan. Harga pasaran selalu turun naik, suatu ketika harga akan naik. Jika kita mengamalkan konsep pelaburan jangka panjang, tentu akan sampai masa harga akan naik, dan bila memenuhi target kita (biasanya untung bersih 10%), kita jual dahulu untuk mendapatkan keuntungan, dan beli semula pada ketika yang sesuai atau membeli tabung yang lain. Cuba lihat testimonial pelabur ini.
Info last updated: Thursday, 15 JuL 2009.
|
Fund Abbrevia- tion |
Total Unit Holdings |
Average NAV |
Average Purchase Price (RM) |
Average Return of investment (%) |
First Investment Date |
| 05DALI | 3,393.23 | 0.8685 | 0.7153 | 23-02-2009 | |
| 27IBIF | 5,969.84 | 0.4930 | 0.4391 | 23-02-2009 | |
| B7DALI3 | 13,666.55 | 0.2177 | 0.1776 | 23-02-2009 |
Dalam masa 5 bulan sahaja purata keuntungan keseluruhan pelaburannya telah mencapai 15% BERSIH. Beliau telahpun menjualkan kesemua unit pada 15 Julai.
Dalam hal ini biasanya kita akan nasihatkan tabung tersebut dijual bila telah mendapat average return of investment 17% (iaitu keuntungan bersih 10% selepas ditolak bayaran perkhidmatan).
Maklumat lanjut akan menyusul …
Baki Wajib di dalam Akaun 1 KWSP
|
Umur |
Simpanan Wajib |
Umur |
Simpanan Wajib |
|
18 |
1,000 |
37 |
34,000 |
|
19 |
2,000 |
38 |
37,000 |
|
20 |
3,000 |
39 |
41,000 |
|
21 |
4,000 |
40 |
44,000 |
|
22 |
5,000 |
41 |
48,000 |
|
23 |
7,000 |
42 |
51,000 |
|
24 |
8,000 |
43 |
55,000 |
|
25 |
9,000 |
44 |
59,000 |
|
26 |
11,000 |
45 |
64,000 |
|
27 |
12,000 |
46 |
68,000 |
|
28 |
14,000 |
47 |
73,000 |
|
29 |
16,000 |
48 |
78,000 |
|
30 |
18,000 |
49 |
84,000 |
|
31 |
20,000 |
50 |
90,000 |
|
32 |
22,000 |
51 |
96,000 |
|
33 |
24,000 |
52 |
102,000 |
|
34 |
26,000 |
53 |
109,000 |
|
35 |
29,000 |
54 |
116,000 |
|
36 |
32,000 |
55 |
120,000 |
*Untuk layak melabur menggunakan wang tabungan KWSP, baki simpanan akaun 1 mestilah lebih RM5,000 daripada simpanan wajib mengikut umur.
BERTINDAKLAH SEGERA !!! HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT… SMS ATAU TEL KE 017-8876017 (Abang Is)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN IALAH FOTOKOPI IC DAN SALINAN TERBARU PENYATA KWSP.





