Penjimatan Cukai Pendapatan
11 04 2009Sama ada anda tahu atau tidak, sebenarnya kita boleh berjimat sehingga RM9,000 pengecualian cukai jika kita membayar insuran hayat dan perubatan setiap tahun. Bukan nak ajar tak patriotik, tapi ini adalah untuk kebaikan anda.
Staf kerajaan yang dah tak bayar EPF lagi, anda rugi sedikit kerana tidak dapat pengecualian cukai tersebut jika tidak membeli insuran hayat dan perubatan. Kita jangan berharap, jika sakit ada hospital kerajaan, semua free. Atau dah ada pencen bila berlaku apa-apa, keluarga dapat wang pencen.
Kita perlu sedar sekarang, zaman dah berubah. Semua nak cepat. Di hospital kerajaan bagi staf kerajaan hanya kes biasa saja free. Bila perlu pembedahan, masih perlu bayar juga. Jika kes yang perlu rujuk pakar dan segera, terpaksalah pergi Hospital Swasta. Masa ni dah nak keluar duit sendiri.
Saya masih ingat lagi pengalaman seorang rakan saya kakitangan kerajaan yang mempunyai ketumbuhan di payu dara. Check up dihospital ambil masa yang lama sebab senarai menunggu ramai. Nasib baik dia dah beli insuran perubatan. Hari ni masuk Hospital Swasta, scan, positive ada ketumbuhan, esok terus operate. Sehari lepas tu dah boleh keluar hospital, berehat di rumah.
Begitu juga staf swasta yang tak beli insuran sebab syarikat dah sediakan insuran perubatan. Tapi bagaimana jika kita berhenti atau diberhentikan suatu hari nanti? Masa tu umur dah meningkat, nak beli premium insuran dah mahal. Kalau dah ada penyakit, penyakit tu dah tak cover lagi.
Nasihat saya belilah insuran sewaktu muda (murah) dan anggapkan ianya sebagai simpanan paksa kita untuk hari tua. Bila masuk hospital (medical claim) gunakan dulu insuran syarikat supaya kita dapat jimatkan sum insured seumur hidup yang kita beli sendiri di waktu tua nanti iaitu bila kita dah berhenti kerja dengan syarikat tersebut.Fikirkanlah!!!…
Jumpa lagi nanti…





