PELABURAN HARTANAH
MILIKI TANAH LOT BANGLO SECARA BAYARAN ANSURAN (JAUHI RIBA)
TAWARAN ISTIMEWA !!!
Menyedari masalah yang dihadapi oleh ramai rakan-rakan untuk memiliki hartanah terutama rumah, saya ingin menawarkan tanah lot banglo saya untuk dijual secara bayaran ansuran selama 5, 7 atau 9 tahun tanpa faedah. Hartanah tersebut terletak di Mukim Ayer Molek, Melaka iaitu kira-kira 2 km dari JPJ Melaka di Bukit Katil. Malah jaraknya dengan kawasan pentadbiran baru Ayer Keroh hanya beberapa Km sahaja. Kedudukan yang strategik walaupun berada di lapis kedua dari tepi jalan besar, hartanah tersebut akan mempunyai nilai komersial yang agak tinggi setelah lot dihadapannya (PT 1765) dimajukan sebagai rumah teres dan lot kedai. (Lot 1765 dipunyai oleh pemaju Taman Pengkalan. Saya tidak tahu bila mereka akan memajukan tanah tersebut. Bila berjumpa mereka dahulu, saya dimaklumkan lot 1765 akan dibuat rumah teres dan sedikit lot kedai). Buat masa ini Lot 1765 telah dibersihkan dan ditambak menunggu masa untuk projek.
Panduan lokasi tanah ialah bersebelahan dengan Taman Pengkalan di bahagian Timur tanah tersebut. Tanah tersebut telah diterangkan dan ditambak. Boleh dimasuki melalui penjuru lot 1765. Buat masa ini belum ada jalan untuk kenderaan ke tanah tersebut, tetapi boleh menggunakan motosikal atau berjalan kaki kerana jalan ke tanah tersebut telah disediakan (ditambak.)


Lot tanah yang ingin dijual ialah PT 2612 :Luas 5,380kps), PT 2613 (5,649 kps), PT 2614 (6,305 kps) dan PT 2615 (6,209 kps). Kesemua lot ini telahpun mempunyai surat hakmilik individu, status tanah kediaman. Harga ialah RM11 sekaki persegi. Bayaran pendahuluan ialah 3 bulan ansuran, yang perlu dibayar semasa menandatangai kontrak. Pengiraan bayaran seperti berikut:
Darab luas tanah dengan RM11. kemudian bahagi dengan jumlah bulanan ansuran yang ingin dibuat (60 bulan, 84 bulan atau 108 bulan) akan dapat bayaran bulanan yang perlu dibayar. Darab bayaran bulanan dengan 3 untuk jumlah bayaran pendahuluan. Bayaran pendahuluan ini sebenarnya ialah bayaran guaman dan lain-lain bayaran yang akan saya tanggung (percuma). Bayaran pendahuluan ini juga sebagai ansuran bulanan tetapi dibayar dahulu sebagai sekuriti sekiranya pembeli lewat membayar ansuran, sekuriti ini akan diambil sebagai ganti. Bayaran tertangguh perlu juga dijelaskan supaya sekuriti tetap sentiasa ada sebanyak 3 bulan. Kaveat ke atas lot akan dimasukkan (nama pembeli) supaya pembeli rasa selamat sepanjang tempoh bayaran ansuran.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan temujanji. Hj Isnin (tel 017-8876017).
Hanya 4 lot sahaja untuk dijual. Beberapa bakal pembeli telahpun datang melihat tanah tersebut. Siapa cepat dia dapat!.






masih ade lagi ke?
Tanah tersebut masih ada lagi. Jika berminat boleh buat appoinment untuk nak tengok tanah tu dulu.
sangat menarik, terima kasih
7KSLOY Excellent article, I will take note. Many thanks for the story!