TAKAFUL
S: Apakah perbezaan antara Takaful dan Insurans
J: Takaful berasaskan Syariah Islam. Ia melibatkan persetujuan semua peserta yang menjamin sesama peserta terhadap kehilangan atau kerugian dengan menyumbang (Tabarru’) di dalam Tabung Takaful . Bagaimanapun ia masih mempunyai matlamat yang sama dengan Insurans untuk menyediakan perlindungan kepada anda, keluarga dan harta anda. Peserta Takaful tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam juga boleh menyertai plan Takaful PruBSN.
S: Saya masih muda dan sihat, mengapa saya perlu mempunyai Takaful.
J: Malang sebenarnya tak mengira umur. Jika anda terlibat dalam kemalangan dan terus meninggal dunia, mungkin belanjanya setakat belanja pengkebumian sahaja. Tetapi jika tidak berlaku kematian dan anda lumpuh dan tidak boleh berbuat sesuatu, siapakah yang akan membantu anda. Sudah tentu akan menyusahkan keluarga anda. Satu lagi masalah ialah jika anda tiba-tiba disahkan mengidap penyakit kritikal, tentulah banyak wang yang diperlukan untuk belanja perubatan.
S: Jika begitu apa yang Takaful boleh membantu.
J: Jika berlaku kematian, Takaful akan menyumbang kepada waris sejumlah wang bagi membantu mereka menghadapi kehilangan pendapatan. Jika berlaku hilang upaya atau penyakit kritikal, Takaful akan menyumbang kepada anda sejumlah wang bagi membantu anda menjalani hidup dan menanggung belanja perubatan. Jika anda sakit dan dirawat di Hospital, Takaful akan menanggung belanja perubatan anda di Hospital termasuk belanja pembedahan..
S: Jika saya tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang membayar sumbangan setiap tahun, apa faedah yang saya perolehi.
J: Bila anda membayar sumbangan, wang anda akan diagihkan kepada 3 tabung, iaitu Tabung Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan. Bila berlaku masalah kepada peserta, wang dari Tabung Perlindungan akan digunakan. Bermaksud semua peserta terlibat menyumbang kepada peserta yang mengalami masalah. Wang di dalam Tabung Simpanan dan Pelaburan anda akan bertambah setiap bulan dan tahun kerana akan dilaburkan di dalam Tabung ekuiti atau bon yang diluluskan syariah. Jika anda tidak menggunakan kad perubatan (rawatan hospital) bonus tahunan akan diberikan pada kadar tertentu dan akan menambahkan lagi akaun Tabung anda.. Jika anda mengalami masalah kewangan, anda boleh mengeluarkan wang dari Tabung tersebut tertakluk kepada baki minima yang perlu dikekalkan. Bermaksud, anda boleh menikmati wang anda tanpa menunggu musibah atau sehingga Takaful anda matang seperti untuk menunaikan Haji dsb. Dengan kata lain `anda menyimpan secara paksa tetapi mendapat perlindungan disamping membantu orang lain’.
S: Saya bekerja dan majikan telah menyediakan kemudahan rawatan Hospital percuma.
J: Tidak rugi anda mengambil Takaful semasa muda kerana kadar bayaran yang murah. Jika anda berhenti kerja, kemudahan rawatan Hospital percuma telah tiada. Jika anda ingin membeli Takaful selepas bersara 55 tahun, bayaran sumbangan adalah tinggi dan tidak akan melindungi penyakit sedia ada. Selepas umur 60 tahun, selalunya tiada Takaful /Insuran yang akan menerima permohonan anda lagi.
S: Saya kakitangan kerajaan, dah ada kemudahan percuma di Hospital kerajaan.
J: Bila anda mengalami musibah, kemalangan atau penyakit kritikal, anda hanya memikirkan untuk sihat seperti biasa dengan cepat yang hanya anda boleh perolehi di Hospital Swasta. Di Hospital kerajaan biasanya senarai menunggu amat panjang dan penyakit kritikal anda akan merebak dengan cepat. Selain itu jika anda mencarum dalam Takaful, anda akan mendapat perlepasan cukai sehingga RM 6,000 untuk perlindungan hayat dan RM 3,000 setahun untuk perubatan.
S: Bagaimana saya membeli plan Takaful Prudential BSN.
J: Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada agen takaful Prudential BSN yang berdaftar. Jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah wang yang anda mampu dan plan yang anda pilih. Ada banyak plan takaful termasuk untuk isteri dan anak kesayangan anda.
“ MENYIMPAN SAMBIL MEMBANTU”
“WE UNDERSTAND # WE CARE”
TEL ATAU SMS `TAKAFUL’ UNTUK MAKLUMAT LANJUT KE:
017-8876017





